Lemon beku sangat bagus! Ketahui mengapa anda seharusnya mencuba untuk menyimpannya di dalam peti ais anda!

43043
- Advertisement -

Makan buah lemon

Lemon secara tipikalnya tidak dimakan sebagai snek memandangkan ia mempunyai rasa masam dan tajam. Membekukannya seharusnya menjadikan buah tersebut lebih sesuai untuk dijadikan snek memandangkan suhu sejuk mengurangkan rasa masam yang terdapat pada buah tersebut. Sepertimana yang mungkin sudah pun anda ketahui, lemon adalah amat menyihatkan dan menawarkan banyak manfaat perubatan seperti Vitamin C yang terkandung di dalamnya meningkatkan sistem imun dan membantu badan anda melawan jangkitan. Ia juga mengandungi bahan yang membantu mencegah kanser, mengawal tekanan darah dan ia bahkan juga dianggap amat membantu untuk kesihatan mental, kerana ia mambantu mencegah tekanan dan depresi.

Kulit buah lemon

Sebab mengapa lemon beku mempunyai rasa yang berbeza berbanding lemon yang disimpan pada suhu bilik adalah disebabkan tahap keasidannya. Membekukan lemon mengurangkan keasidan ini, sebab itu ia mempunyai rasa yang ternyata kurang masam. Keasidannya hanya akan kembali apabila buah ini menyahbeku. Sila beri perhatian bahawa kulit lemon mengandungi 5 sehingga 10 kali ganda (1) lebih banyak vitamin berbanding jus lemon, iaitu itulah sebabnya anda harus memanfaatkannya dan bukan terus membuangnya. Kulit lemon yang beku mempunyai rasa yang menakjubkan, pastikan anda mencuci buah lemon tersebut dengan teliti sebelum menyimpannya di dalam peti ais!

advertisement

Kulit lemon

Kulit lemon menambah perisa menyegarkan yang unik kepada makanan dan minuman. Hanya taburkan sedikit di atas salad, aiskrim, atau spageti dan nikmati lah rasanya. Pastikan lemon tersebut sudah beku sepenuhnya sebelum meletakkannya pada makanan anda kerana kulit lemon yang beku mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding kulit biasa. Semakin ramai keluarga memanfaatkan helah masakan ini, jadi pastikan anda juga tidak ketinggalan dan cubalah sendiri!

- Advertisement -