Warga emas berusia 96 tahun ini ingin menjual kediamannya yang di dalamnya kelihatan amat mengkagumkan!

18990
- Advertisement -

Keunikan Tersendiri Dalam Setiap Bilik

Wanita itu sudah tentu telah meluangkan masa yang lama – dan juga menghabiskan banyak wang, untuk membuat perancangan mengenai hiasan dalaman kediamannya ini. Tiada satu bilik pun yang sama dengan bilik yang lain, bahkan semuanya mempunyai perhiasan yang mewah. Termasuk perabot yang mahal dan hiasan antik yang amat bernilai yang terdapat pada ruang tamunya. Iaitu seperti sebuah impian yang dicorakkan dengan warna pastel.

advertisement

Bilik mandi

Warna pink atau merah jambu dan juga cermin bersaiz besar mendominasi bilik mandinya yang kecil dan bercirikan golongan bangsawan ini. Perincian berwarna emas amat sempurna dengan jubin putih serta tab mandi supaya pemilik seterusnya dapat bersantai-santai di sini. Ianya dalam keadaan tanpa cela, sempurna serta bersih!

Bilik Bawah Tanah

Berbeza dari segi rekaan hiasan dalaman, bilik atau ruangan bawah tanah ini boleh dikatakan setanding dengan sebuah salon. Terdapat bar yang lengkap sepenuhnya dan berdindingkan kayu. Sudah pasti inilah tempat dimana kebanyakan parti telah pun diadakan!

Kawasan Legar

Malahan kawasan legar juga turut dihiaskan bagi memadankan imej femini yang sangat terperinci sepertimana hiasan di dalam rumah ini. Tapestri amat padan dengan susur tangan tangga, dan juga meja sisi yang menarik dengan kerusi merah jambu dimana tempat kegemaran bagi semua orang untuk menikmati kudapan petang mereka.

Anggun Berwarna Merah Jambu

Pemilik rumah ini sudah tentu memilih warna kegemarannya sebagai tema untuk perabotnya. Warna itu masih terpancar dalam bentuk bunga ataupun sebagai suatu gambar di dinding, walaupun bilik itu tidak diwarnakan merah jambu. Namun begitu, ruang santai ini dipenuhi dengan merah jambu! Kelihatan seperti rumah anak patung bukan?

Dapur

Dapurnya kelihatan luas, terang dan amat selesa. Perkakasan dapur yang moden menjadikannya mudah dan seronok untuk digunakan. Disebalik perabot yang berwarna putih, dapat juga ditemui tema bunga merah jambu di sini, yang ada pada langsir dan tumbuhan dalam pasu. Lampu candelier juga menampakkan ia bertambah mewah!

Bilik Tidur Utama

Bilik tidur master di dalam kediaman ini mempunyai tema perabot berwarna-krim dan juga permaidani yang bercorak warna ungu yang eksklusif. Ia nampak bergaya dan berkelas, tetapi tetap bertemakan kemewahan untuk setiap masa. Ia adalah ruang untuk berehat, yang terpancar dalam mood tenang dan perhiasan bercirikan feminin – sempurna untuk wanita cantik yang punyai citarasa unik ini!

- Advertisement -