Cuba lihat apa yang wanita ini lakukan dengan 43 palet kayu

64791
- Advertisement -

Bergerak ke fasa berikutnya, dimana semuanya semakin hampir jelas. Dengan kepintaran yang ada padanya, wanita ini telah pun mengetahui berapa banyak palet yang diperlukan. Untuk tujuan teres, dia menggunakan 20 palet.

Selepas menyelesaikan teres, kerja membina pagar, kerusi dan meja memerlukan 23 palet, iaitu jumlah keseluruhan ialah 43 palet. Untuk membuatkan semuanya kelihatan estetik, dan juga kelihatan nyaman dan selesa, dia menambah beberapa bantal yang comel.

advertisement

Dengan melihat hasil akhirnya, kita dapat menyatakan ianya kelihatan sangat cantik dan meluangkan sedikit masa di sana sudah tentunya amat mendamaikan!

Mudah bukan? Kos yang diperlukan untuk menceriakan belakang rumah anda tidak mungkin menelan belanja sebanyak ribuan ringgit. Tambahan pula, anda boleh menggunakan bahan-bahan yang sememangnya mesra alam, sebagaimana yang telah dilakukan oleh wanita di dalam artikel ini. Selain daripada itu juga, anda juga boleh menambah baik idea dekorasi yang telah ditunjukkan di dalam perenggan-perenggan di atas.

Pertama sekali, anda boleh menukar cat warna putih yang digunakan kepada apa sahaja warna yang bersesuaian dengan cita rasa anda. Sebagai contoh, jika anda ingin warna yang menyerlahkan kemewahan, anda boleh memilih warna emas, serta digandingkan dengan warna hitam. Ikutlah naluri dan jiwa kreatif anda.

Jika anda gemarkan artikel ini, kongsikannya dengan rakan-rakan anda di Facebook!

- Advertisement -